BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

my playlist

Saturday, December 15, 2012

kanak-kanak dan pembunuhan

kebelakangan ni terlalu banyak berita tentang kematian kanak-kanak disiarkan. terutama sekali akibat kekejaman israel. pagi tadi pulak aku terbaca berita tentang school shooting kat U.S.

israel membunuh kanak-kanak palestin sebagai salah satu cara menghapuskan kaum. selain itu, mereka juga menghapuskan bakal-bakal pejuang jihad islam. mereka membunuh kanak-kanak ini supaya nanti tidak ramai/ ada yang akan membalas dendam kepada mereka (pemikiran israel). kerana itu mereka membunuh kanak-kanak dan juga wanita yang satu hari nanti akan melahirkan ramai lagi pejuang-pejuang jihad Allah yang akan berusaha menundukkan yahudi laknatullah.

shool shooting dan U.S memang tidak dapat dipisahkan. Public massacre sebegini selalu sahaja terjadi. namun apa yang membuatkan saya sedih adalah mangsa bagi kejadian kali ini adalah pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga beberapa kakitangan sekolah dewasa. biasa yang kita dengar adalah pelajar sekolah tinggi menembak rakan-rakan sekolahnya sendiri kerana tekanan perasaan akibat dibuli, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. saya tidak dapat bayangkan apakah kesalahan kanak-kanak ini sehingga mereka ditembak sedemikian. malah lebih teruk lagi, penembak telah terlebih dahulu menembak ibunya sendiri yang merupakan guru di sekolah rendah tersebut di rumah mereka. apa yang mendorong dia melakukan perkara itu? soalan yang tiada jawapan yang pasti. 

kanak-kanak mempunyai perjalanan yang lebih jauh lagi. mereka akan menjadi pemimpin dan juga mengubah corak kehidupan di masa akan datang. saya berharap kematian kanak-kanak sama ada secara kemalangan, peperangan, penderaan, kecuaian, kelaparan, pengguguran dan sebagainya tidak lagi berlaku. ini bukan tentang agama, kaum dan cara pemikiran. ini adalah tentang kemanuasiaan. bersama hentikan pembunuhan kanak-kanak.

0 comments: