BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

my playlist

Friday, December 2, 2011

book review: go ask alice

go ask Alice dikatakan adalah sebuah diari sebenar milik seorang remaja 15 tahun yang mengalami masalah ketagihan dadah. buku ini diterbitkan pada tahun 1970 di bawah nama penulis anonymous.
one of the best coming of age book i've ever read. tapi malangnya terdapat banyak kesilapan fakta dalam diari, mungkin kesan kerada edit atau tambahan yang dilakukan oleh pihak penerbitan.

novel ini adalah dalam bentuk diary entries yang ditulis oleh remaja ini mengenai perjalanan hidupnya. pada permulaan diari ini ia sama seperti kebanyakan diari remaja perempuan yang lain; mengenai kecantikan, sosial , cinta dan persahabatan tapi kita dapat lihat entry penulis ini menjadi semakin matang. dia menceritakan banyak perkara yang dilalui sebagai remaja dan juga seorang penagih dadah dan begaiman dia berusaha melawan ketagihannya serta bagaimana penerimaan keluarga terhadap dirinya.
walaubagaimanapun, bagi saya penamat novel ini agak tak kena kerana dalam entry-entry terakhirnya, penulis menyatakan bahawa keadaan telah bertambah menjadi baik namun penulis ditemui mati oleh keluarganya tiga minggu selepas ia menyatakan niat untuk tidak lagi menyimpan sebarang diari. sebab kematian tidak diketahui.

go ask alice adalah sebuah novel kontroversi yang agak mencabar. terdapat beberapa trivia yang saya jumpa mase google search novel ni.
1. mana penulis diary adalaha carla
2. alice adalah suatu derivation, bukannya nama penulis diari. penulis hanya bertemu alice di jalanan semasa ia menagih dadah.
3.walaupun pada permulaan penerbitan novel ini didakwa memang diari sebenar milik seorang remaja 15 tahun yang menagih dadah namun pihak kerajaan america menenaraikan beatrice sparks sebagai penulisnya.  beliau merupakan seorang pakar psikologi dan mendakwa diari ini adalah milik salah seorang pesakitnya. beliau juga menulis semula beberapa novel lain hasil dari diari pesakitnya seperti jay's journal.
4. 1973, sebuah film menganai buku ini diterbitkan.

bagi saya novel ini dimanakan go ask alice kerana banyak entry dalan diari ini menceritakaan perasaan penulis semasa menggunakan dadah. malah dia ada mengatakan : i felt like alice in wonderland. maybe lewis g. caroll was on drug too. bagi saya alice merujuk kepada alice dalam cerita alice in wonderland yang mengalami keadaan menakjubkan yg pada hakikatnya adalah mimpinya sahaja.

0 comments: